Saturday, December 31, 2011

Prof. Aziz Bari - Sertai politik atau terus bersuara dari bangku universiti

Setelah dikenakan tekanan kerana memberi pandangaan-pandangaan dari sudut ilmiah yang tidak selari dengan kehendak kerajaan sedia ada, pakar pakar perlembagaan Malaysia, Prof Aziz Bari sedang mempertimbangkan untuk menyertai politik. Beliau juga telah ditawarkan untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.Namun sekiranya Prof Aziz Bari menyertai politik, pelbagai implikasi akan terjadi.

Antara yang pasti terjadi ialah sebarang pandangan yang telah atau akan dilontar oleh Prof. akan dipandang sebagai pandangan politik. Pandangan beliau itu akan dipandang setara dengan mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik di negara ini. Ini kerana pandangan tersebut dianggap tidak adil dan saksama kerana ia dianggap berkepentingaan politik dan bukannya berpaksikan fakta yang didokong dalam dunia akademik. Pandangan beliau yang dikeluarkan terdahulu juga akan dianggap sebagai pandangan yang tidak telus kerana telah mempunyai kecederungaan kepada sebelah pihak.

Situasi ini bertambah buruk dengan keadaan 'politik tidak matang' di Malaysia tika ini yang mana seakan-akan terdapat dua blok - mendokong atau menentang terhadap sesuatu isu atau idea. Dua blok ini ialah dua pakataan politik terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Ia seperti seakan-akan terdapat satu garis yang merentangi memisahkan antara dua blok ini. Garisan ini memisahkan idea dan pegangan serta pendapat terhadap sesuatu isu. Sebagai contoh, Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Penganjian Tinggi telah dimintak meletakan jawatan beliau oleh kumpulan Pro Aspirasi kerana menyokong pemansuhan AUKU. Begitu juga tekanan yang diterima oleh Datuk Hassan Ali kerana berbeza pandangan dengan kepimpinan tertinggi PAS. Ini menunjukan tiada kebebasan mengutarakan pendapat dan idea serta penggangan terhadap sesuatu isu di dalam politik Malaysia kini. Sekiranya Prof. Aziz Bari menyertai politik, ruang untuk beliau menyampaikan pengetahuannya telah menjadi sempit kerana terdapatnya sempadan idea, pendapat dan pegangan yang tidak boleh beliau lepasi selagi tidak wujud susana politik yang mendokong kebenaran.

Sekiranya Prof. Aziz Bari terus bersuara sebagai ahli akademik, pandangan akademik beliau akan terus didengari dan dianggap lebih neutral berbanding jika beliau menyertai parti politik. Namun beliau harus bersedia untuk berdepan dengan sebarang tekanan dari pihak yang bercanggah pendapat dengannya.

Oleh itu, Prof. Aziz Bari seharusnya terus berada di bangku universiti dalam memastikan pandangan akademik beliau terus dipertimbangkan. Rugilah bagi rakyat Malaysia sekiranya pandangan cerdik pandai ini disalah tafsir sebagai pandangan berkempentigan politik dalam suasana 'politik hingusan' di Malaysia sekarang ini.

No comments: