Saturday, December 31, 2011

Prof. Aziz Bari - Sertai politik atau terus bersuara dari bangku universiti

Setelah dikenakan tekanan kerana memberi pandangaan-pandangaan dari sudut ilmiah yang tidak selari dengan kehendak kerajaan sedia ada, pakar pakar perlembagaan Malaysia, Prof Aziz Bari sedang mempertimbangkan untuk menyertai politik. Beliau juga telah ditawarkan untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.Namun sekiranya Prof Aziz Bari menyertai politik, pelbagai implikasi akan terjadi.

Antara yang pasti terjadi ialah sebarang pandangan yang telah atau akan dilontar oleh Prof. akan dipandang sebagai pandangan politik. Pandangan beliau itu akan dipandang setara dengan mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik di negara ini. Ini kerana pandangan tersebut dianggap tidak adil dan saksama kerana ia dianggap berkepentingaan politik dan bukannya berpaksikan fakta yang didokong dalam dunia akademik. Pandangan beliau yang dikeluarkan terdahulu juga akan dianggap sebagai pandangan yang tidak telus kerana telah mempunyai kecederungaan kepada sebelah pihak.

Situasi ini bertambah buruk dengan keadaan 'politik tidak matang' di Malaysia tika ini yang mana seakan-akan terdapat dua blok - mendokong atau menentang terhadap sesuatu isu atau idea. Dua blok ini ialah dua pakataan politik terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Ia seperti seakan-akan terdapat satu garis yang merentangi memisahkan antara dua blok ini. Garisan ini memisahkan idea dan pegangan serta pendapat terhadap sesuatu isu. Sebagai contoh, Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Penganjian Tinggi telah dimintak meletakan jawatan beliau oleh kumpulan Pro Aspirasi kerana menyokong pemansuhan AUKU. Begitu juga tekanan yang diterima oleh Datuk Hassan Ali kerana berbeza pandangan dengan kepimpinan tertinggi PAS. Ini menunjukan tiada kebebasan mengutarakan pendapat dan idea serta penggangan terhadap sesuatu isu di dalam politik Malaysia kini. Sekiranya Prof. Aziz Bari menyertai politik, ruang untuk beliau menyampaikan pengetahuannya telah menjadi sempit kerana terdapatnya sempadan idea, pendapat dan pegangan yang tidak boleh beliau lepasi selagi tidak wujud susana politik yang mendokong kebenaran.

Sekiranya Prof. Aziz Bari terus bersuara sebagai ahli akademik, pandangan akademik beliau akan terus didengari dan dianggap lebih neutral berbanding jika beliau menyertai parti politik. Namun beliau harus bersedia untuk berdepan dengan sebarang tekanan dari pihak yang bercanggah pendapat dengannya.

Oleh itu, Prof. Aziz Bari seharusnya terus berada di bangku universiti dalam memastikan pandangan akademik beliau terus dipertimbangkan. Rugilah bagi rakyat Malaysia sekiranya pandangan cerdik pandai ini disalah tafsir sebagai pandangan berkempentigan politik dalam suasana 'politik hingusan' di Malaysia sekarang ini.

Thursday, February 17, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Jiwa


Potong lagu no 15, ingatkan lagu without you (air supply) version lain. No 11 pun kita kasi potong.

Sunday, February 13, 2011

Anwar pun nak nyanyi..

Anwar bergandingan bersama The Wayfarers dalam lagu "Teratak" . Lagu ini dimuat dalam album "Teratak Song Album". Turut terlibat dalam release ini adalah Elizbeth Wong dan berberapa nama lain. Utk download (klik sini)

Sunday, February 6, 2011

Meor punya lagu

video

Alunan lagu membuatkan aku terhinggut-hinggut mengikut irama karya Meor sambil cuba memahami lirik indah susunan kata oleh Jimadie Shah.

Saturday, January 22, 2011

Aku Janji Dengan Orang

Aku penah janji dengan Am Pak Noq dan Am Pak Noq penah janji dengan aku - kami takkan isap rokok.

Sunday, January 16, 2011

Dosa

Hidup dibebani cinta
Hidup mengejar cita-cita
Bukan mengejar segulung kertas
Bukan mengejar kerjaya
Bukan mengejar harta
Tapi demi orang tua
Demi membahagiakan mereka
Demi membalas jasa-jasa yang tidak terhingga
Sebelum mereka memejamkan mata
Sebelum ia menjadi sia-sia

Mak Abah

Aku kesian kat mak abah aku. Selama ni depa mengharapkan aku berjaya dalam pelajaran tapi aku seakan akan memberi harapan palsu kepada depa. Depa mengharapkan aku belajar bersungguh-sungguh dan aku kononnya di mata depa belajar bersungguh-sungguh tapi sebenarnya aku ambik endah tak endah hal pelajaran. Abah tahun ni dah 68, mak pulak dah 55. Aku harap sanggat dapat membahagiakan depa sebelum depa memejamkan mata. Duit ringgit tak dapat membahagiakan depa jika aku berjaya dalam pelajaran. Aku sedih, aku mempermainkan perasaan depa. Aku boleh berkata bermacam kata aku sayang depa tapi aku sikit pun tak dapat membuktikan aku sayang depa.

Ya Allah berikan kedua orang tua umur yang panjang agar aku dapat buktikan bertapa aku sayangkan depa. Kuatkan lah azam dan iktikadku, permudahkan lah jalan aku membalas jasa depa yang pastikan takkan ku terbalas semuanya. Hanya Kau lah yang dapat mempermudahkan beban yang aku tanggung ini.

Thursday, January 13, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Prinsip

Prinsip tidak boleh dibuat sebagai satu ketetapan dalam meneruskan perjalanan kehidupan. Ia tidak lebih hanya sekadar satu panduan secara umum untuk sesuatu keadaan dalam kehidupaan. Ibarat menuju ke suatu destinasi, kita tidak dapat bergerak lurus dan mendatar untuk tiba. Adakalanya kita harus membelok untuk mengelak pelbagai halangan. Di sini, prinsip pula pegangan yang memastikan kita kembali ke laluan yang asal, iaitu tidak terus tersimpang mengikut laluan yang kita guna untuk mengelak halangan tadi.

Tuesday, January 11, 2011

Arwah Azam

Teringat kat hang.

tiga tiga tiga

Tiga saman trafik, tiga saman DBKL, tiga saman uia. Makan nasik berlauk garam berkuah air suam aku mcm ni. Terima kasih kepada ketiga-tiga pihak diatas terutamanya PDRM kerana menjadi buta dan tuli,dah ada saman DBKL pun nak saman lagi.

Tuesday, January 4, 2011

Skuad Bola Paling Mantap EPL 2010/11

Sedikit pengenalan dan informasi tentang EMAS FC:



Ditubuhkan bagi meneruskan sisa-sisa hidup di UIAM, bagi menjadi contoh kepada adik-adik bahawa kami tidak dimamah usia. Memberi semangat kepada diri sendiri dan masyarakat bahawa semua boleh berjaya.



EMAS FC dibarisi seramai 19/20 orang pemain di kalangan 062 - 043 batch Kuliah Kejuruteraan UIAM.

Senarai barisan pemain EMAS FC:

Pemain-pemain tempatan yang akan mengharumkan nama EMAS FC:



1)Kamal @ ITIK, pemain yang boleh mengubah corak pemainannya mengikut mood & suasana (sumber yg boleh dipercayai)

2)Haznul Khairi @ KERY, pemain lincah yang boleh diletakkan bg membantu barisan serangan mahupon barisan pertahanan, mampu menghasilkan gol dan amat berbahaya di bahagian sayap.

3)Nizam atau lebih terkenal dengan panggilan MR KECHIK, pemain bertubuh kecil, mencelah dikalangan pemain kerana kelicikannya.

4)Fahmi @ PEKONG, sering kali disalah anggap sebagai Khairul Fahmi Che Mat, menggalas tanggungjawab sebagai benteng terakhir EMAS FC. Juga pemain serba boleh di semua posisi.

5)Yasir atau lebih manja dipanggil YASET, pemain kaki kiri yang mempunyai kawalan yang baik, passing ball yang tepat.

Bijak menghidu peluang dihadapan gol.

6)Azri @ ABUN, pemain tinggi lampai yang mempunyai catatan masa bawah 11 saat bagi larian 100m. Lariannya sering kali meninggalkan pemain lawan di belakang.

7)Abdur Rauf @ RAUP, pemain pertahanan yang sudah cukup dikenali di kuliah kejuruteraan ini. bijak mengawal benteng pertahanan dengan baik.

8)Hafiz @ APIT AUTO, pemain tertua dalam pasukan EMAS FC dimana pengalamannya dirtagih utk EPL kali ini.

9)Zulkhairi @ SIFU, pemain yang diam diluar padang tetapi berbakat didalam padang. pemain yg perlu diberi perhatian utk kejohanan ini. sesuai dikatakan, "diam ubi tetapi berisi".



EMAS FC juga menagih kelibat beberapa pemain yang telah bersara, tetapi kembali utk meneruskan perjuangan in.

10)Azmie Faizal Aizam, atau lebih dikenali sbg AZMI MIRI. pemain yang dibawa merentasi laut china selatan bagi menjaringkan gol utk EMAS FC. kehilangannya pada EPL lepas dirasakan dan diharapkan dapat menghasilkan gol yg banyak utk EMAS FC.

11)Taqiuddin @ TAQI, lama meninggalkan EPL. kali terakhir pada 2 thn lepas bersama chempera. pemain pertahanan yang terkenal dengan kekentalannya dibahagian kiri. Keras dan pantas!!

12)Hazwan @ OWEN, jangan tertipu dengan gelarannya. pemain ini dibawa masuk bagi backup kepada gol keeper tetapi die juga boleh bermain disume posisi bertahan.

13)Najmi @ MAT KEDAH, pemain yang hampir2 menggantungkan but kerana kecederaan yang dialami sebelum ini. kelibatan pemain ini ditagih kerana mempunyai vision yang baik utk menghasilkan gol. lorongan bola seakan-akan Fabregas sering kali menipu pihak lawan. dia juga boleh menjaringkan gol dari jauh.



EMAS FC juga diperkuatkan dengan beberapa awang import:

14) SHOUGi pemain dari tanah arab yang terkenal dengan ketidakpenatannya dan juga kerajinannya semasa di padang.

15) Fazil @ PADINI @ DARK ALONSO, pemain yang diterbangkan khas dari Medrid, Kedah yang mempunyai ketenangan utk mengawal bola dan membuat hantaran.

16) Norazim @ MOONEY(kembar rooney), pemain yang bertubuh kental dan mempunyai pusat graviti yang teguh. lawan langgar pasti jatuh. pemain ini juga mempunyai rembatan yang akan menghantui pihak lawan.

17)Rezza @ LEE, hantaran jauh dan crossing pemain ini berbahaya, pasti menemui pemain tidak kira dari sayap kanan mahupon kiri. pemain sayap serba boleh.

18)Hafiz Ghazalli @ PARK CHU BANG, pemain lincah dari Korea yang boleh "glide" ke sana ke mari. seringkali disamakan dengan messi.



19)fairus @ PEYO, EMAS FC masih cuba menbida penjaga gol ini bagi memperkuatkan barisan EMAS FC.



setiap pasukan pasti memerlukan staff2 sokongan bagi mengukuhkan sesama pemain.

20) AIMAN, pemain merangkap manager. Pertaruhan sebagai manager julung kali bagi EPL ini. Kali terakhir berbuat demikian pada tahun 2004 di matrikulasi UIA. harap dapat membuahkan hasil.



staff² lain:

Syatbi @ RAJA SYUT, jurulatih kepada EMAS FC. sudah cukup terkenal dengan kemahirannya. harap dapat berkongsi utk menguatkan EMAS FC

Hazim @ JIMO, ketua penyokong bagi pasukan penyokong EMAS FC.

Dinie Iqbal & Muhd Ridzuan, OWNER, yang akan memastikan sumbangan KEWANGAN dihulurkan kepada pasukan EMAS FC.

Hasnoor, jurugambar yang dilantik tp tak cukup equipment lg ni.

syed jaafar @ JAAFAR AL- MASHOOR, pembuat air YANG TERBAIK.pasti akan mengembalikan tenaga kepada pemain2.



**Sebarang tambahan bagi staff sokongon boleh di apply/komen dibawah topik ini**



nota kaki: sebarang penjelasan diatas bagi menyedapkan pembacaan, sebarang ketidakpuas hatian boleh lapor terus dibawah topik ini. minta maap daun keladi. MAJULAH UTK EMAS FC.