Thursday, December 30, 2010

Petrol

Betol la hang ada duit nak isi petrol banyak mana pun tapi bukan duit tu yang disumbat masuk ke perut bumi pam keluar balik jadi minyak. Petrol jadi asap, duit jadi peluru.

Bawak2 la cermat bawak kereta, moto.

Friday, December 24, 2010

Basuh baju

Coin habis, sabun pun habis tapi baju tak bersih.aku tumbuk mesin ni satgi.marah betol aku kat benda tu. Mau aku tau dari awal jadi macam ni dah lama aku basuh baju guna kaki. Sambil mandi tuang sabun sikit, pijak-pijak dua tiga kali pastu sangkut di pili, pusing-pusing sampai kering sampai habis air sabun. Bilas dengan air dan sekali keringkan macam mana aku keringkan air sabun. Mudah dan jimat, tak habis secekak coin aku yang buleh buat beli Maggie taime duit lambat masuk.

Wednesday, December 8, 2010

Jiwa

mahu dekat dengan alam...

Tekanan

mau gantung kamera, focus study.

Tuesday, November 9, 2010

Azam

sudah sebulan kau tinggalkan aku..
aku lesu..
aku pilu..
aku sebak terkenangkan mu..

maaf, aku tak mampu

al-fatihah..

Wednesday, November 3, 2010

Banjir di Utara Semenanjung

Banjir melanda utara semenanjung menyebabakan macam-macam yang terjadi. Banyak hati-hati yang bersedih dengan kehilangan harta dan jiwa. Pak Tani di pusat pemindahan mangsa banjir risau memikirkan tanaman yang awal-awal lagi di hanyutkan air dan jika pun tidak pasti mati setelah beberapa hari ditenggelami. Ramai yang berkata untuk menyedapakan hati, bantuaan kerajaan pasti akan diterima untuk memulakan semula kehidupan. Namun ada yang sedar apa yang akan tejadi. Apa bentuk bantuan sama ada wang tunai, benih tanaman baru mahupun baja pasti tidak akan diterima seperti sepatutnya. Pasti banyak tanggan-tanggan tamak yang akan menarik-narik bantuan pulang ke rumah. Setelah itu tinggal lah beberapa kerat. Kontrak membekalan bantuan pulak diberikan kepada anak bini dan kroni mereka yang berkuasa. Bantuaan yang sampai kepada kumpulan sasaran pulak tidak sekata. Yang bersama parti pemerintah akan mendapat habuannya namun yang tidak pulak hanya mampu menglihat. Sungguh banjir ini satu bencana untuk ramai orang namun yang lebihnya adalah rahmat yang direka sendiri untuk mereka yang berkuasa.

Saturday, October 30, 2010

Study week

Bangun pagi - kena breakfast dulu. baru hari lebih bermakna
Lepas breakfast - kena online baca paper dulu ni. baru lebih berinfomasi
Lepas baca paper - tengok sat facebook & blog dalam 5min. apa yang terjadi kepada dunia luar
Lepas fbing & blogging - laaa dah tengah hari. kena lunch dulu. nak exam makan minum & kesihatan kena jaga
Lepas lunch - kena tidoq sat. nap lepas zuhur buleh mencerdaskan otak selepas bangun.
Lepas nap - alahai terlajak, dah pukui 5 lebih dah ni.tak elok dah study.mau study pun dah tak masuk dah ni. kena lepak2 ambik angin
Lepas ambik angin - magrib, mana penah org study time ni.gila apa
Lepas magrib - tak dinner lagi. nak kena ni mau tak perot kosong tak syok study.
Lepas dinner - la, dah dekat pukui 1030 dah..mata berat.kena tidoq sat.pukui 12,1 pagi bangun study, otak fresh baru senang masuk
Lepas tidoq - aik dah pagi. kena breakfast dulu ni apapun

Friday, October 29, 2010

Biochemistry

Engkau tenung aku
aku lihat engkau
dua-dua senyum sampai nampak gigi
walaupun diam tapi penuh seribu erti

Aku pandang dia
dia tidur lena
aku toleh ke kanan
dia disana pun sama

seorang masuk
seorang keluar
bagaikan pasar pagi
mungkin ada toyol di tandas yang menanti

diselak kertas soalan ke sana ke mari
ditenung penuh harapan
boleh dibaca namun tidak di mengerti

pernahku jawab soalan-soalan yang diberi
bukannya lama
hanya sebelum ku melangkah masuk ke dewan ini

pernahku hafal setiap jawapan soalan yang diberi
tetapi bila hendakku tulis baru ku mengerti
tiada apa yang melekat dihati

oh sukarnya biochemistry
semester depan pasti aku kena ambik lagi

10.42 pagi
30 Okt. 2010

Diri, Harta & Masa

Sebuah perkerjaan perlukan pengorbanan, tak kira apa jenis perkerjaan pun. Dari ibadah sampailah dibawa ke hiburan, semuanya perlukan pergorbanaan. Pengorbanaan yang perlu merelakan diri, mengunakan harta dan melapangkan masa. Ibadah solat tanpa pengorbanaan diri tiada apa makna kecuali sia-sia kerana tiada kerelaan dan keikhlasan dalam menunaikannya. Harta harus dikorbakan untuk memberi persiapan menyediakan diri dengan pakaian menutup aurat dan masa diguna pakai untuk menunaikan ibadah itu. Tanpa ketiga-tiga ini suatu perkerjaan tidak akan lengkap. Harus kita sentiasa ingati diri, bahawa semua ini milik-Nya yang dikurniakan kepada kita. Tiba masa diri kita dipisahkan menjadi jasad dan roh. Jasad di tinggalkan di alam fana ini. Masa usia kita mati di situ. Dan masa itu harta sudah tidak berguna. Sesen pun tidak di bawa bersama. Yang dikira pakai hanyalah perkerjaan hasil pergorbanan diri, harta dan masa yang ketika hayat kita telah kita korbankan.

Wednesday, October 27, 2010

Tsunami lagi di Indonesia

Bilangan penduduk Indonesia yang tinggi menjadikan kos tenaga kerja yang murah dan pasti menarik perlabur luar. Namun ia terhalang oleh faktor-faktor politik yang tidak satbil dan bencana alam. Mungkin jika tidak disebabkan faktor-faktor tersebut, Indonesia sudah berada setaraf dengan China di tangga ke-2 kuasa ekonomi dunia. Sekali lagi negara yang terdiri dari 17,508 pulau diduga dengan bencana alam.Pulau Sumatera yang bererti pulau emas dalam Bahasa Sanskrit telah dilanda ombak tsunami. Belum reda dari bersedih dengan 282 nyawa manusia terkorban dalam bencan itu, bumi merah puteh ini dicengkam pula dengan ancaman letusan gunung berapi Gunung Merapi di Pulau Jawa. Bencana silih berganti namun Allah lebih berganti mengapa ini terus terjadi.

Tiba masa hampa akan tau juga.


Tidak semua benda dapat kita terangkan kepada kanak-kanak walaupun pada golongan usia sebegini mereka banyak bersoal untuk memuaskan naluri mereka. Mereka banyak bersoal kepada kita dan sesama mereka untuk mengetahui itu dan ini. Aku ada beberapa orang anak saudara tetapi Adam (4tahun), Haikal (6tahun) dan Nurin Aishah (6tahun) inilah yang sering membuat aku pening dan kadang-kadang geli hati setiap kali berdepan dengan mereka.


Adam


Aku, Haikal dan Nurin


Beberapa bulan lepas aku mendapat seorang lagi anak sedara, Khalisah Khadijah. Kakaknya - Nurin dan sepupu-sepupunya - Adam dan Haikal sangat teruja dengan kehadiran Khalisah sehinggalah membawa kepada satu perbualan.

Adam - Ibu hampa beli baby ni kat mana (ditunjukan kepada Khalisah)? Kami nak satu.
Nurin Aishah - Taktau. Hari tu perut ibu kami gemok. Keluar dari perut kot.
Haikal - Ibu kami dah makan banyak dah tapi tak gemok-gemok pun.

Aku dan kakak aku disitu hanya mampu ketawa besar. Tak apa la Adam, Haikal dan Nurin, satu hari nanti hampa akan tau juga. Ayah Su harap satu hari nanti hampa akan baca post ni dan takyah hampa nak blushing.hahaha


Nur Khalisah Khadijah

Mesej Itu Mengecewakan

Gua kesepian...
Tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba phone gua berbunyi. Bunyi itu bagi menandakan telah masuk mesej ke dalam phone gua. Gua excited. Cepat-cepat digerakan tanggan untuk mencapai phone yang pernah beberapa kali gua hempas ke tilam akibat persengketaan dalam percintaan. Setelah di tekan beberapa angka untuk melepaskan sekatan keselamatan yang sengaja gua letak ternyata terdapat satu mesej. Sengaja gua letak sekatan itu bagi mengelakan anak-anak sedara dan rakan-rakan seperti Nur Amzar dan Azrin Baharom membaca mesej berbaur percintaan antara gua dan kekasih hati gua. Maklum la, masyarakat kita suka membahan apa jua adegan romantis walapun ia manis. Ternyata, fikiran mereka masih belum cukup terbuka dalam hal ini.

Berbalik kepada topik asal, setelah dibukak mesej tu, tanpa harus mengeja gua dah dapat membaca kerana semuanya ditulis dalam huruf roman. Mau ditulis dalam hurup jawi, mungkin langkah pertama iaitu mengeja harus dipertimbangkan kembali. Apa yang dibaca sangat mengecewakan walaupun sepatutnya harus dibanggakan kerana sebuah company besar ada masa untuk SMS gua. Gua penah berhutang beberapa kali dengan company ni, tak banyak pun 2 ringgit ja. Hari ni, company ni tanpa bertanya gua ada duit ke tidak telah sebat lagi duit gua. Tak bertimbang rasa nak kutip hutang pun. Duit 3 ringgit lebih dalam phone gua telah tinggal seringgit lebih. Ini celaka, merunggus gua dalam hati. Tambah lagi dalam hati - menyesal aku buat credit advance, malam ni tak buleh bercinta panjang lagi. Mau tak mau kena angkat blackberry 2 bijik macam ni.

Monday, October 25, 2010

Abang Najib Kita

Abang Najib kata nak buat menara seratus tingkat. PNB pulak kata depa ada dana. Ala, setakat RM 5 billion apa yang nak herankan. Depa ada aset RM140billion. Tapi masing-masing lupa pulak semua aset tu hasil peluh keringgat rakyat Malaysia. Duit hasil Pak Lang kita buat bendang, mengcakul tengah panas rembang kat Kodiang. Duit titik peluh Mak Ngah di Jeli menoreh pagi-pagi, sambil mengucap panjang takot-takot pak belang terkam dari belakang. Dapat duit masing-masing beratur panjang di pejabat pos.Katanya mau menyimpan dalam ASB, ASN dan apa A lagi.

Abang Najib kata projek ni produktif. Lupa pulak Tok Ngah Bidin kita tak tau apa makna produktif. Produktif ni mau senang nak di cerita kat orang kampung macam kita ni ialah menjana nilai. Senang cerita mak kita yang orang tanya kerja apa dan dijawab tak kerja apa, dok rumah saja tu pun sebenaarnya produktif. Misalnya, beras harga seringgit ditanaknya oleh mak kita jadinya nilai dua ringgit. Di situ dah berlakunya peningkatan nilai - produktif la tu. Mau orang bejudi tak produktif. Mesti ramai yang kata - la..pasai apa pulak?? Nak produktif macam mana, duit sepuluh tu tetap sepuluhringgit tu jugak. Cuma bertukar tanggan sahaja. Mau berjudi sejuta pun tetap tak produktif jugak, tetap jadi sejuta tu juga. Tu yang Islam haram judi tu, tak produktif. abang Najib kita kata produktif pasai orang dapat kerja. Betol la produktif tapi hasil berapa kerat sangat yang dapat kat rakyat kita - setenggah dapat kat buruh binaan Indonesia, setenggah lagi dapat kontraktor luar. Contoh dah ada, KLCC tu sendiri. Yang untung dapat duit kaya raya syarikat Jepun dan Korea yang dapat tender KLCC tu. Orang kata syarikat Malaysia macam MMC Corp pun ada terlibat sama, tapi setakat 'sub', nak buleh berapa saja walaupun MMC Corp tu megah di bumi Malaysia.

Abang Najib kita kata mau kita buat menara tu nama negara kita gah di mata dunia. Bagi semua tenggok betapa hebatnya dan bertuahnya bumi Malaysia. Tapi nak gah macam mana, menara kat Dubai tu nak campak mana? Mau kat Dubai saja tak pa la jugak, tapi kat Taipei, Shanghai dan Hong Kong nak letak mana? Tahun 2015 lagi la,macam-macam menara lain dah siap susun berjela. Mau tak pecaya tekan sini biar hampa tau aku tak menipu hampa. Mau kata siap menara seratus tingkat tu pun takdak la nak gah macam mana. Lagi gah nama Abang Najib kita kat Mongolia. Macam tu baru publisiti namanya.

Abang Najib kita ni pun satu, dok lagak kaya macam pak arab saudagar minyak yang kaya-raya.Mau depa, arab Dubai nak buat bangunan mewah salut dengan emas pun takpa la. Kalau Amerika serang atau sekat ekonomi depa, emas tu buleh juga korek-korek tukar dengan ubat dan benda bagi anak bini makan. Mau bangunan tu terbakar pun emas tu tak kemana. Pak arab tu bukan nak buat macam tu saja-saja. Tambah la ni dolar Amerika naik turun tak tentu hala. Mau jadi apa-apa ada la jugak nak buat bergolok bergadai dah duit depa nama ja duit depa, tapi Amerika yang pegang buat macam duit sendiri. Ni mau menara seratus tingkat tu terbakar nak tinggal apa. Nak tinggal hutang berjela-jela?

Tengok la nasib Dayabumi, la ada apa? Hari sabtu minggu lepas saya p sana, saya tengok tingkat Daya Bumi yang 39 tingkat tu lagi banyak dari orang di sana. Baru 26 tahun dah takdak apa. Lagi 26 tahun nak jadi apa? Tambah-tambah mau ada menara sampai ada seratus tingkat yang orang dok perkata. Tapi tah-tah menara yang orang dok perkata tu pun 26 tahun lagi terima nasib yang sama dengan Dayabumi. Pandai-pandai la berjimat guna apa yang ada. Jangan la dok membazair tak tentu hala, tuhan tarik nikmat nanti Abang Najib hilang punca.

Datuk Awang Adik kata negara maju tak persoal bangunan besar. Memang la, ada United Kingdom, Singapura, Jerman, Jepun, Kanada sibuk nak buat menara macam kita? Abang Najib laki Rosmah dan kuncu-kuncu saja yang mengada. Lagipun negara maju tu nak buat pun takpa la, bukan nak muflis pada tahun 2019 macam Malaysia. Ni bukan saya buat cerita, Idris Jala menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kata.

Banyak lagi benda yang nak digomelkan tapi tak peraya, banyak lagi kerja nak kena usaha. Saya ni rakyat jelata, kena kerja kuat buat tampung belanja menteri-menteri kita.

"Tahu apa yang akan dilakukan. Tahu tujuannya apa yang akan dilakukan. Tahu natijahnya kelak daripa apa yang dilakukan itu. dan yang penting sekali, "tahu" bahawa dirimu benar-benar bertolak pada kudrta dan iradat. Yang terpancar daripada cahaya tunggal-Nya titik Maha Tunggal itu" - Arena Wati

Sunday, October 24, 2010

Dunia

Bukan kami menolak harta kekayaan tetapi kami tidak taksub kepadanya. Berusaha tetap berusaha tetapi kami berserah kepadaNya. Ada rezeki insyaallah adalah ia.

Monday, May 24, 2010

Tinta

Tangan pendita tercalit tinta pena
ibarat darah terpalit di tubuh perwira
rupanya kotor
namun sebenarnya asam garam dalam perjuangan
tiada apa yang nak dihiraukan
hanya secebis cabaran yang tidak memberi sebarang tamparan

Hujan

Butir-butir mutiara yang telus seperti permata jatuh dari kabus kelabu membentuk permukaan kaca kemudianya menjadi pertaka
mengelamkan ibu kota
menjadikan ia derita kepada warganya
memusnahkan seribu satu anganan
namun di celah-celah warga
ada yang mengangapnya ia rahmat tidak terhingga
mengisikan ruang-ruang ditanah gersang
menghijaukan pohon-pohon perang kekeringan
menyental udara kotor ibu kota
menyegarakan ia seakan di banjaran titiwangsa


Saturday, May 15, 2010

Harapan



terima aku seadanya
kerna selamanya aku tidak akan sempurna
hormati aku sebaiknya
kerna aku pemimpinmu melayari bahtera
percaya aku sebolehnya
kerna kau amanahku untuk selamanya

tidak ku pinta bintang beribu
tidak diharap emas dan batu
tidak dihajat muda selalu
mintaku hanya taati aku

hari ini marahmu
tidak ku mengerti apa salahku
semalam kau menentangku
katamu aku menipu mu
kemarin kau menyumpah seranahku
kerana aku tidak mampu

tidak ku sengaja semua ini
tidak jua ku minta ini terjadi
semuanya datang silih berganti
ku cuba elak semua ini terjadi

maafkan aku atas kilafku
ampuni aku atas degilku
sebaik mungkin teman janjiku

semoga yang luntur kembali berseri
semoga yang rengang kembali terpatri
itulah harapan dari lubuk hati
harap sampal hakiki