Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

tiga tiga tiga

Tiga saman trafik, tiga saman DBKL, tiga saman uia. Makan nasik berlauk garam berkuah air suam aku mcm ni. Terima kasih kepada ketiga-tiga pihak diatas terutamanya PDRM kerana menjadi buta dan tuli,dah ada saman DBKL pun nak saman lagi.

Wednesday, November 3, 2010

Banjir di Utara Semenanjung

Banjir melanda utara semenanjung menyebabakan macam-macam yang terjadi. Banyak hati-hati yang bersedih dengan kehilangan harta dan jiwa. Pak Tani di pusat pemindahan mangsa banjir risau memikirkan tanaman yang awal-awal lagi di hanyutkan air dan jika pun tidak pasti mati setelah beberapa hari ditenggelami. Ramai yang berkata untuk menyedapakan hati, bantuaan kerajaan pasti akan diterima untuk memulakan semula kehidupan. Namun ada yang sedar apa yang akan tejadi. Apa bentuk bantuan sama ada wang tunai, benih tanaman baru mahupun baja pasti tidak akan diterima seperti sepatutnya. Pasti banyak tanggan-tanggan tamak yang akan menarik-narik bantuan pulang ke rumah. Setelah itu tinggal lah beberapa kerat. Kontrak membekalan bantuan pulak diberikan kepada anak bini dan kroni mereka yang berkuasa. Bantuaan yang sampai kepada kumpulan sasaran pulak tidak sekata. Yang bersama parti pemerintah akan mendapat habuannya namun yang tidak pulak hanya mampu menglihat. Sungguh banjir ini satu bencana untuk ramai orang namun yang lebihnya adalah rahmat yang direka sendiri untuk mereka yang berkuasa.

Wednesday, October 27, 2010

Tsunami lagi di Indonesia

Bilangan penduduk Indonesia yang tinggi menjadikan kos tenaga kerja yang murah dan pasti menarik perlabur luar. Namun ia terhalang oleh faktor-faktor politik yang tidak satbil dan bencana alam. Mungkin jika tidak disebabkan faktor-faktor tersebut, Indonesia sudah berada setaraf dengan China di tangga ke-2 kuasa ekonomi dunia. Sekali lagi negara yang terdiri dari 17,508 pulau diduga dengan bencana alam.Pulau Sumatera yang bererti pulau emas dalam Bahasa Sanskrit telah dilanda ombak tsunami. Belum reda dari bersedih dengan 282 nyawa manusia terkorban dalam bencan itu, bumi merah puteh ini dicengkam pula dengan ancaman letusan gunung berapi Gunung Merapi di Pulau Jawa. Bencana silih berganti namun Allah lebih berganti mengapa ini terus terjadi.