Showing posts with label meludah ke langit. Show all posts
Showing posts with label meludah ke langit. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Aku Janji Dengan Orang

Aku penah janji dengan Am Pak Noq dan Am Pak Noq penah janji dengan aku - kami takkan isap rokok.

Sunday, January 16, 2011

Dosa

Hidup dibebani cinta
Hidup mengejar cita-cita
Bukan mengejar segulung kertas
Bukan mengejar kerjaya
Bukan mengejar harta
Tapi demi orang tua
Demi membahagiakan mereka
Demi membalas jasa-jasa yang tidak terhingga
Sebelum mereka memejamkan mata
Sebelum ia menjadi sia-sia

Mak Abah

Aku kesian kat mak abah aku. Selama ni depa mengharapkan aku berjaya dalam pelajaran tapi aku seakan akan memberi harapan palsu kepada depa. Depa mengharapkan aku belajar bersungguh-sungguh dan aku kononnya di mata depa belajar bersungguh-sungguh tapi sebenarnya aku ambik endah tak endah hal pelajaran. Abah tahun ni dah 68, mak pulak dah 55. Aku harap sanggat dapat membahagiakan depa sebelum depa memejamkan mata. Duit ringgit tak dapat membahagiakan depa jika aku berjaya dalam pelajaran. Aku sedih, aku mempermainkan perasaan depa. Aku boleh berkata bermacam kata aku sayang depa tapi aku sikit pun tak dapat membuktikan aku sayang depa.

Ya Allah berikan kedua orang tua umur yang panjang agar aku dapat buktikan bertapa aku sayangkan depa. Kuatkan lah azam dan iktikadku, permudahkan lah jalan aku membalas jasa depa yang pastikan takkan ku terbalas semuanya. Hanya Kau lah yang dapat mempermudahkan beban yang aku tanggung ini.

Wednesday, January 12, 2011

Prinsip

Prinsip tidak boleh dibuat sebagai satu ketetapan dalam meneruskan perjalanan kehidupan. Ia tidak lebih hanya sekadar satu panduan secara umum untuk sesuatu keadaan dalam kehidupaan. Ibarat menuju ke suatu destinasi, kita tidak dapat bergerak lurus dan mendatar untuk tiba. Adakalanya kita harus membelok untuk mengelak pelbagai halangan. Di sini, prinsip pula pegangan yang memastikan kita kembali ke laluan yang asal, iaitu tidak terus tersimpang mengikut laluan yang kita guna untuk mengelak halangan tadi.

Monday, January 3, 2011

Malas

Sehari aku mengadap PC, konon nak mencari journal atau apa yg bersangkut dgn project aku. Aku ingat sehari ni dapat baca sikit2 dan kalau blh buat report sekali kalau tak banyak pun. Tapi semua ni anggan. Buka facebook, blog, download video. Nasib aku malas nak chat, mau tak facebook chat, YM lagi. Umur aku dah nak masuk 25 tahun. Orang lain umur aku ni dah beranak pinak dah tapi aku dengan tahap kemalasan yang sanggat melampau ni macam mana nak cepat grad pastu kerja. Aku tak yakin aku sanggup banggun awal pagi balik lewat petang untuk kerja. Mungkin sekarang aku sanggat sengkek tapi aku selesa dengan apa aku buat hari-hari. Dan aku selesa untuk mengulangkan perbuatan malas yang membuat aku selesa itu tiap-tiap hari. Akhirnya keselesan itu membunuh cita-cita, harapan dan usaha aku untuk menjadi seperti orang.

Enak dibuai mimpi sehingga akal mati.

Saturday, October 30, 2010

Study week

Bangun pagi - kena breakfast dulu. baru hari lebih bermakna
Lepas breakfast - kena online baca paper dulu ni. baru lebih berinfomasi
Lepas baca paper - tengok sat facebook & blog dalam 5min. apa yang terjadi kepada dunia luar
Lepas fbing & blogging - laaa dah tengah hari. kena lunch dulu. nak exam makan minum & kesihatan kena jaga
Lepas lunch - kena tidoq sat. nap lepas zuhur buleh mencerdaskan otak selepas bangun.
Lepas nap - alahai terlajak, dah pukui 5 lebih dah ni.tak elok dah study.mau study pun dah tak masuk dah ni. kena lepak2 ambik angin
Lepas ambik angin - magrib, mana penah org study time ni.gila apa
Lepas magrib - tak dinner lagi. nak kena ni mau tak perot kosong tak syok study.
Lepas dinner - la, dah dekat pukui 1030 dah..mata berat.kena tidoq sat.pukui 12,1 pagi bangun study, otak fresh baru senang masuk
Lepas tidoq - aik dah pagi. kena breakfast dulu ni apapun

Friday, October 29, 2010

Biochemistry

Engkau tenung aku
aku lihat engkau
dua-dua senyum sampai nampak gigi
walaupun diam tapi penuh seribu erti

Aku pandang dia
dia tidur lena
aku toleh ke kanan
dia disana pun sama

seorang masuk
seorang keluar
bagaikan pasar pagi
mungkin ada toyol di tandas yang menanti

diselak kertas soalan ke sana ke mari
ditenung penuh harapan
boleh dibaca namun tidak di mengerti

pernahku jawab soalan-soalan yang diberi
bukannya lama
hanya sebelum ku melangkah masuk ke dewan ini

pernahku hafal setiap jawapan soalan yang diberi
tetapi bila hendakku tulis baru ku mengerti
tiada apa yang melekat dihati

oh sukarnya biochemistry
semester depan pasti aku kena ambik lagi

10.42 pagi
30 Okt. 2010

Diri, Harta & Masa

Sebuah perkerjaan perlukan pengorbanan, tak kira apa jenis perkerjaan pun. Dari ibadah sampailah dibawa ke hiburan, semuanya perlukan pergorbanaan. Pengorbanaan yang perlu merelakan diri, mengunakan harta dan melapangkan masa. Ibadah solat tanpa pengorbanaan diri tiada apa makna kecuali sia-sia kerana tiada kerelaan dan keikhlasan dalam menunaikannya. Harta harus dikorbakan untuk memberi persiapan menyediakan diri dengan pakaian menutup aurat dan masa diguna pakai untuk menunaikan ibadah itu. Tanpa ketiga-tiga ini suatu perkerjaan tidak akan lengkap. Harus kita sentiasa ingati diri, bahawa semua ini milik-Nya yang dikurniakan kepada kita. Tiba masa diri kita dipisahkan menjadi jasad dan roh. Jasad di tinggalkan di alam fana ini. Masa usia kita mati di situ. Dan masa itu harta sudah tidak berguna. Sesen pun tidak di bawa bersama. Yang dikira pakai hanyalah perkerjaan hasil pergorbanan diri, harta dan masa yang ketika hayat kita telah kita korbankan.