Monday, October 25, 2010

Abang Najib Kita

Abang Najib kata nak buat menara seratus tingkat. PNB pulak kata depa ada dana. Ala, setakat RM 5 billion apa yang nak herankan. Depa ada aset RM140billion. Tapi masing-masing lupa pulak semua aset tu hasil peluh keringgat rakyat Malaysia. Duit hasil Pak Lang kita buat bendang, mengcakul tengah panas rembang kat Kodiang. Duit titik peluh Mak Ngah di Jeli menoreh pagi-pagi, sambil mengucap panjang takot-takot pak belang terkam dari belakang. Dapat duit masing-masing beratur panjang di pejabat pos.Katanya mau menyimpan dalam ASB, ASN dan apa A lagi.

Abang Najib kata projek ni produktif. Lupa pulak Tok Ngah Bidin kita tak tau apa makna produktif. Produktif ni mau senang nak di cerita kat orang kampung macam kita ni ialah menjana nilai. Senang cerita mak kita yang orang tanya kerja apa dan dijawab tak kerja apa, dok rumah saja tu pun sebenaarnya produktif. Misalnya, beras harga seringgit ditanaknya oleh mak kita jadinya nilai dua ringgit. Di situ dah berlakunya peningkatan nilai - produktif la tu. Mau orang bejudi tak produktif. Mesti ramai yang kata - la..pasai apa pulak?? Nak produktif macam mana, duit sepuluh tu tetap sepuluhringgit tu jugak. Cuma bertukar tanggan sahaja. Mau berjudi sejuta pun tetap tak produktif jugak, tetap jadi sejuta tu juga. Tu yang Islam haram judi tu, tak produktif. abang Najib kita kata produktif pasai orang dapat kerja. Betol la produktif tapi hasil berapa kerat sangat yang dapat kat rakyat kita - setenggah dapat kat buruh binaan Indonesia, setenggah lagi dapat kontraktor luar. Contoh dah ada, KLCC tu sendiri. Yang untung dapat duit kaya raya syarikat Jepun dan Korea yang dapat tender KLCC tu. Orang kata syarikat Malaysia macam MMC Corp pun ada terlibat sama, tapi setakat 'sub', nak buleh berapa saja walaupun MMC Corp tu megah di bumi Malaysia.

Abang Najib kita kata mau kita buat menara tu nama negara kita gah di mata dunia. Bagi semua tenggok betapa hebatnya dan bertuahnya bumi Malaysia. Tapi nak gah macam mana, menara kat Dubai tu nak campak mana? Mau kat Dubai saja tak pa la jugak, tapi kat Taipei, Shanghai dan Hong Kong nak letak mana? Tahun 2015 lagi la,macam-macam menara lain dah siap susun berjela. Mau tak pecaya tekan sini biar hampa tau aku tak menipu hampa. Mau kata siap menara seratus tingkat tu pun takdak la nak gah macam mana. Lagi gah nama Abang Najib kita kat Mongolia. Macam tu baru publisiti namanya.

Abang Najib kita ni pun satu, dok lagak kaya macam pak arab saudagar minyak yang kaya-raya.Mau depa, arab Dubai nak buat bangunan mewah salut dengan emas pun takpa la. Kalau Amerika serang atau sekat ekonomi depa, emas tu buleh juga korek-korek tukar dengan ubat dan benda bagi anak bini makan. Mau bangunan tu terbakar pun emas tu tak kemana. Pak arab tu bukan nak buat macam tu saja-saja. Tambah la ni dolar Amerika naik turun tak tentu hala. Mau jadi apa-apa ada la jugak nak buat bergolok bergadai dah duit depa nama ja duit depa, tapi Amerika yang pegang buat macam duit sendiri. Ni mau menara seratus tingkat tu terbakar nak tinggal apa. Nak tinggal hutang berjela-jela?

Tengok la nasib Dayabumi, la ada apa? Hari sabtu minggu lepas saya p sana, saya tengok tingkat Daya Bumi yang 39 tingkat tu lagi banyak dari orang di sana. Baru 26 tahun dah takdak apa. Lagi 26 tahun nak jadi apa? Tambah-tambah mau ada menara sampai ada seratus tingkat yang orang dok perkata. Tapi tah-tah menara yang orang dok perkata tu pun 26 tahun lagi terima nasib yang sama dengan Dayabumi. Pandai-pandai la berjimat guna apa yang ada. Jangan la dok membazair tak tentu hala, tuhan tarik nikmat nanti Abang Najib hilang punca.

Datuk Awang Adik kata negara maju tak persoal bangunan besar. Memang la, ada United Kingdom, Singapura, Jerman, Jepun, Kanada sibuk nak buat menara macam kita? Abang Najib laki Rosmah dan kuncu-kuncu saja yang mengada. Lagipun negara maju tu nak buat pun takpa la, bukan nak muflis pada tahun 2019 macam Malaysia. Ni bukan saya buat cerita, Idris Jala menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kata.

Banyak lagi benda yang nak digomelkan tapi tak peraya, banyak lagi kerja nak kena usaha. Saya ni rakyat jelata, kena kerja kuat buat tampung belanja menteri-menteri kita.

"Tahu apa yang akan dilakukan. Tahu tujuannya apa yang akan dilakukan. Tahu natijahnya kelak daripa apa yang dilakukan itu. dan yang penting sekali, "tahu" bahawa dirimu benar-benar bertolak pada kudrta dan iradat. Yang terpancar daripada cahaya tunggal-Nya titik Maha Tunggal itu" - Arena Wati

No comments: