Wednesday, October 27, 2010

Mesej Itu Mengecewakan

Gua kesepian...
Tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba phone gua berbunyi. Bunyi itu bagi menandakan telah masuk mesej ke dalam phone gua. Gua excited. Cepat-cepat digerakan tanggan untuk mencapai phone yang pernah beberapa kali gua hempas ke tilam akibat persengketaan dalam percintaan. Setelah di tekan beberapa angka untuk melepaskan sekatan keselamatan yang sengaja gua letak ternyata terdapat satu mesej. Sengaja gua letak sekatan itu bagi mengelakan anak-anak sedara dan rakan-rakan seperti Nur Amzar dan Azrin Baharom membaca mesej berbaur percintaan antara gua dan kekasih hati gua. Maklum la, masyarakat kita suka membahan apa jua adegan romantis walapun ia manis. Ternyata, fikiran mereka masih belum cukup terbuka dalam hal ini.

Berbalik kepada topik asal, setelah dibukak mesej tu, tanpa harus mengeja gua dah dapat membaca kerana semuanya ditulis dalam huruf roman. Mau ditulis dalam hurup jawi, mungkin langkah pertama iaitu mengeja harus dipertimbangkan kembali. Apa yang dibaca sangat mengecewakan walaupun sepatutnya harus dibanggakan kerana sebuah company besar ada masa untuk SMS gua. Gua penah berhutang beberapa kali dengan company ni, tak banyak pun 2 ringgit ja. Hari ni, company ni tanpa bertanya gua ada duit ke tidak telah sebat lagi duit gua. Tak bertimbang rasa nak kutip hutang pun. Duit 3 ringgit lebih dalam phone gua telah tinggal seringgit lebih. Ini celaka, merunggus gua dalam hati. Tambah lagi dalam hati - menyesal aku buat credit advance, malam ni tak buleh bercinta panjang lagi. Mau tak mau kena angkat blackberry 2 bijik macam ni.

No comments: