Friday, October 29, 2010

Diri, Harta & Masa

Sebuah perkerjaan perlukan pengorbanan, tak kira apa jenis perkerjaan pun. Dari ibadah sampailah dibawa ke hiburan, semuanya perlukan pergorbanaan. Pengorbanaan yang perlu merelakan diri, mengunakan harta dan melapangkan masa. Ibadah solat tanpa pengorbanaan diri tiada apa makna kecuali sia-sia kerana tiada kerelaan dan keikhlasan dalam menunaikannya. Harta harus dikorbakan untuk memberi persiapan menyediakan diri dengan pakaian menutup aurat dan masa diguna pakai untuk menunaikan ibadah itu. Tanpa ketiga-tiga ini suatu perkerjaan tidak akan lengkap. Harus kita sentiasa ingati diri, bahawa semua ini milik-Nya yang dikurniakan kepada kita. Tiba masa diri kita dipisahkan menjadi jasad dan roh. Jasad di tinggalkan di alam fana ini. Masa usia kita mati di situ. Dan masa itu harta sudah tidak berguna. Sesen pun tidak di bawa bersama. Yang dikira pakai hanyalah perkerjaan hasil pergorbanan diri, harta dan masa yang ketika hayat kita telah kita korbankan.

No comments: