Wednesday, January 12, 2011

Prinsip

Prinsip tidak boleh dibuat sebagai satu ketetapan dalam meneruskan perjalanan kehidupan. Ia tidak lebih hanya sekadar satu panduan secara umum untuk sesuatu keadaan dalam kehidupaan. Ibarat menuju ke suatu destinasi, kita tidak dapat bergerak lurus dan mendatar untuk tiba. Adakalanya kita harus membelok untuk mengelak pelbagai halangan. Di sini, prinsip pula pegangan yang memastikan kita kembali ke laluan yang asal, iaitu tidak terus tersimpang mengikut laluan yang kita guna untuk mengelak halangan tadi.

No comments: